Wednesday, March 11, 2009

nasib baik mereka budak

ini adalah dialog anak-anak yang kadang-kadang menyebabkan kemarahan tak sampai ke mulut, tersangkut kat paru-paru :

Ilhan

1. K.A = ka, K.I = ki, bunyinya... kucing!
2. "Adik Masyitah, tau tak, kapal terbang yg kecik ni.. (sambil tunjuk Firefly), bila dia makan banyak-banyak, nanti dia jadi gemuk macam tu (dan tunjuk kat kapal Cathay Pacific)"

Masyitah

1. Bila tengok buku ABC, sampai huruf D = Datuk. "owh, Atuk.. " kemudian, dengan sangat perlahan (berbisik) dan mendekatkan muka ke buku ala-ala bercakap dgn gambar; "atuk, belikan kak ngah beg sekolah.."
2. Pagi-pagi selepas meneguk sekaligus secawan susu, mandi. Kemudian semasa proses berbedak & pakai baju, "Bibik, Kak Ngah nak susu", Bibik pun jawab "Kan tadi dah minum, baru saja", Kak Ngah dengan muka selamba membalas "Tadi tu, hantu yang makan susu kak ngah, bukan kak ngan makan.." (perasan tak perkataan makan, bukan minum ye..)

Ammar (dia ni belum lagi pandai cakap)

1. Goyang-goyang badan bila dengan lagu Upin & Ipin. Kemudian menangis, mengamuk. Bila ditanya "Ammar nak apa?", dia tunjuk bilik ibu & ayah, sambil bercakap bahasa ibunda dia "Pi Pi Pa Pa".. nasib baik ibu faham, "ok, jom tengok upin & ipin)

Nasib baik la budak-budak..

3 comments:

Anonymous said...

Memang la bebudak ni.. nak marah pun tak jadi kalu tgk kelaku depa.

Kiranya Ilhan paham le.. kalu makan banyak nanti jadi gumuk..hahaha

azataq said...

nasib baik budak2 yerr....isk isk iskkk

RedAnna said...

hahhahahhaha soooooo cute!!!!! kita yag dah tua2 ni pun kdg2 cakap makan utk minum. haih!!