Friday, January 9, 2009

kenapa ibu pergi?

Anak aku yg kedua tanya pada suatu pagi, sebelum ke melangkah masuk ke sekolah (sebenarnya bukan sekolah, tapi nursery yg dia anggap sekolah sebab dia 3 tahun tapi nak jugak pergi tempat ala-ala sekolah) :

"kenapa ibu pergi?"

(sambil menangis)

as in, kenapa aku tinggal kan dia. Dan sebagai ibu, mestilah aku jawab spontan , "ibu pergi kerja.. kak ngah jgn nangis, kan kak ngah nak pergi sekolah.."

kak ngah nangis jugak, sambil meronta-ronta. Kali ni tanpa soalan. Aku yang dah estimate mesti sampai lambat ke office ni, terpaksa tinggalkan dia, walaupun agak sedih (sepatutnya tak, she's in good hands).
sambil memandu, aku terfikir. Kak ngah tanya kenapa aku pergi sebab apa? Dia rasa aku takkan balik dan tinggal kan dia terus ke? Aku pun tak arif sgt perasaan budak-budak, tapi manusia tak kan menangis kalau tak sedih (kecuali happy moments yg tak tahan dan sgt tersentuh hati), dan budak-budak pulak bukan selalunya pure and perasaan dia sgt jujur ke?

Terus aku rasa, alamak, nak mati dah ke??

Dan dalam kekacauan minda tu, aku rupa-rupanya dah sampai kat sekolah anak yg pertama. (ok, yg ni kindy betul) Kakak terus buka pintu kereta, salam aku, cakap bye-bye dan pimpin tgn teacher belinda, masuk dalam pagar sekolah. Eh, senang pulak.

Aku pun rasa, belum masa nak mati lagi kot (nasib baik betul, hari ni hidup lagi).

Masih memandu, dan masih berfikir. Kenapa kak ngah sangat sedih, tapi kakak tidak? (oh no i do not take answers like, kakngah kecik lagi dia tak biasa, kakak dah besar, aku mmg suka jawapan tak simple dalam case ini).

Adakah sekolah kakak lagi best dari sekolah kak ngah, so kak ngah tak selesa kat sekolah?
Tak mungkin, sebab sekolah kak ngah lebih besar dan ramai kawan-kawan. Sekolah kakak pulak kecik. Sekolah kakak kena cakap english atau mandarin, kakak baru tukar sekolah, dia cakap melayu sahaja, kadang2 ada slang kelate pulak tu. Sah dia tak faham sangat apa kawan dan cikgu dia cakap(aku dah confirm haritu, kakak cakap, dia tak faham). Patutnya kakak lagi pressure.Tapi dia masih ok dan dah ada kawan pun.

ataupun, mungkin kak ngah lebih suka duduk rumah, tengok ASTRO Aruna dengan bibik mcm tahun lepas?
Kak ngah nangis tiap2 pagi sebelum aku kena lari (or sneak out) keluar dari pintu rumah. Jadi tak, dia tak suka juga duduk rumah.

Masih tak dapat jawapan (memandu dah sampai pun ofis). Ataupun, kita tengok kes ini dari sudut lain. Kenapa kakak tak menangis dan tak tanya kenapa ibu pergi.

Adakah sebab kakak suka pergi sekolah, sebab boleh jumpa kawan-kawan cantik ?(oh, kakak memang suka kawan-kawan cantik, dia rasa dia tergolong dalam kumpulan budak-budak cantik. Orang cakap muka kakak mcm muka aku.. jadi kesimpulannya..)
Kakak memang suka pergi sekolah, tapi sebab dia tak pasti, mungkin bukan yg diatas, mungkin ya.
Kak ngah pun suka juga pergi sekolah, lepas tak nampak ibu, cikgu kata kak ngah akan main bersuka-ria dengan rakan-rakan sampai tertidur, dan ada sekali tu, sampai tertinggal van nak balik rumah sebab terlena sambil meleleh air liur.
Kak ngah pun akan happy setiap kali keluar rumah dan sampai di sekolah. Kak ngah cuma sedih bila ibu nak pergi.
Bukan saja nak waktu disekolah, waktu bila2 pun. Kak ngah sedih ibu pergi. Hatta ibu pergi ke bilik termenung pun dia sedih, dan ketuk2 pintu bilik itu sampai ibu cancel hajat.
Kak ngah sedih kalau ibu tutup pintu bilik sebab taknak bising sewaktu jawab panggilan-panggilan kerja di rumah, kak ngah akan meraung kuat-kuat sambil ketuk pintu bilik sampai tak larat. Kalau panggilan tersebut 30 minit, selama itulah kak ngah akan meraung.

Mungkin kak ngah sayang sangat dengan ibu. Kakak pun sayang jugak, Ammar pun. Jadi kenapa? Kenapa kak ngah tanya kenapa ibu pergi? kenapa kak ngah selalu sedih bila nak berpisah dgn ibu? (berpisah dibalik pintu pun sedih)


Kalau tanya kak ngah jawapan dia - "kak ngah nak ibu"

kalau aku terjemah ke bahasa orang dewasa yg matang dan berfikiran kompleks, mungkin jadi :

"kak ngah rasa tak keruan bila tak nampak ibu, kak ngah nak ibu selalu ada dekat kak ngah. Sebab kak ngah tak tau ibu sayang atau tak dekat kak ngah. Ibu selalu cakap dan cerita dengan kakak, ibu selalu manja-manja kan ammar. Kak ngah dengar cerita sama-sama dengan kakak, tapi tak berapa faham, kak ngah nak cakap pun pelat lagi"

"ibu manja-manja juga dengan kak ngah, tapi kak ngah dah berat, dah tak sesuai. Ammar ringan lagi, dia pun tak tau cakap lagi, sesuai lah"
"inilah orang cakap dilema anak yg tengah, rasa kurang disayangi. Rasa tak hebat macam kakak tapi tak cute macam adik. Jadi disebabkan itu, kak ngah nak selalu ada dengan ibu. Supaya rasa ibu sayang kak ngah."
"kalau ibu pergi, rasa macam ibu tak sayang kak ngah"

mungkin?

kalau yang itu, kak ngah jgn risau. Ibu sayang semua (ok ini boleh jawapan simple)
Semua orang hebat dan cute.

Anak tepi ke, tengah ke, semua hebat (hebat mmg perkataan yg kakak dan kak ngah suka)
kalau tak percaya, kak ngah bacalah entry ni nanti bila dah boleh baca.

buat sementara waktu ni, kak ngah boleh nangis dan tanya kenapa ibu pergi, tiap-tiap kali kak ngah sedih. Ibu akan jawab, "jgn risau, ibu sayang kak ngah", banyak-banyak kali sampai kak ngah faham.

dan sampai ibu betul-betul pergi.

*forgive me Allah, if i haven't love my children enough, if i haven't guide them enough. Forgive me, as they deserve everything good. Forgive me..

3 comments:

RedAnna said...

syahdu....syahdu...

ninaC said...

ah ah ah, sorry aku nk tergelak, sebab aku ingat dulu hang kata, hang sayang anak lelaki lebih sikit?
:P
(moga2 masyitah tak jumpa komen aku nih)

but i think its true, u need to always say positive thing to your child.

sebagai cth, aku kecik2 tak lawa dan hitam, which is suma org mulut jahat suka point out aku punya different compared to my siblings.
and selalu mak aku yg akan jawab (sebab aku dah tersipu2, cam na siot nak jawab soalan org, eh awat yg nih lainnn.. referring to aku punya kaler lah kan)

mak aku jawab, tak pa, hitam pon cantik, pandai pulak tu.

haha.

so there u go, aku tadak inferiority complex pasal kehitaman aku. aku rasa aku pandai.

ninaC said...

ishh update laaa ul.
i'm bored.